Di dingin malam ku saksikan bintang-bintang,
Yang bertaburan di setiap sudut lantai angkasa,
Yang bercahaya tanpa henti menyuluh ke bumi,
Yang menjadi mimpi pada sang pusara nan sepi.
Seketika waktu ku rasakan diriku ini ditemani,
Dilindungi dan dibelai, bagaikan semuanya tanpa henti,
Tetapi di sebalik keseronokan duniawi,
Aku sedar aku sedar aku sedar,
Sedar dari mimpi yang hanya bertopengkan
kegembiraan semata-mata,
Aku juga sedar bahawa aku diliputi dengan kesepian,
Dengan kesedihan serta kesangsian,
Yang tegar dibuktikan dengan kata-kata.
Aku bangun dan enggan berdiri di dunia sepi,
Yang penuh dengan duri dan aku tak tahan lagi.
No comments:
Post a Comment