Monday, April 20, 2009

Melankolik ADI HAZMIN

Siang berganti malam berputik,
Timbulnya bulan saat berdetik,
Bayu bersiul melebur jiwa,
Merayap urat bercantum derita.


Kertas putih lusuh ronanya,
Mendakap hening sucinya dia,
Selangkah ingin bertapak dua
Melekat indah di hati siapa?
Kertas putih melebar bebas,
Menghayun alunan seakan deras,
Walau hati telah mencengkam,
Namun balasan amat kejam.
Pepohon hijau menggamit seruan,
Memecah hening oh sang degawan,
Terluka hati memerit nanah,
Tidak ku duga nazarku punah.
Cukuplah tuhan .. oh tuhan..
Bebaskanlah hambamu.. hambamu..
Tidaklah sempurna,
jauh sekali yang diduga,
Ku himpunkan doa,
Sejuta kata padamu,
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,
permulaan kata yang ku kirim,
SADAQALLAHULAZZIM,
penutup bicara serta amin.....

Thursday, April 2, 2009

CINTA E2............

Cinta itu,
Hadir pada hati,
Lenyap pada bibir,
Hilang pada fikir,
Lelap pada mata...
Ia akan hadir bagai cahaya,
Ia akan pergi tinggalkan nota sengsara,
Kerna butanya mata yang terbuka...
Cinta itu,
Laksana mutiara,
Hilang meninggalkan serpihan,
Meninggalkan himpunan sesalan,
Kerana hati, sebuah tanda dalam perhubungan...
Cinta itu,
Umpama satu kehidupan,
Yang hujungnya ada satu persimpangan,
Satu persimpangan yang penuh cabaran...
Onak dan ranjau di hadapan,
Bersediakah kau...?
Bersediakah kau untuk
menghadapi jurang suatu perhubungan...
Tanpa takwa,
Tanpa iman...

Monday, March 30, 2009

SATU DALAM SERIBU

Tatkala aku dalam keresahan,
Kau hadir membawa penawar.
Tatkala aku kehilangan,
Kau hadir denagn senyuman.
Tatkala aku kebingungan,
Kau meleraikan segala kesusutan.
Dalam kehidupan ini,
Kita sama-sama harungi.
Dalam perjalanan ini,
Kita sama- sama tempuhi.
Dalam kenangan ini,
Kita sama- sama kenangi.
Kau dan aku hanyalah satu,
Hanya satu dalam seribu.
Kini..Kau dan aku terpisah jauh,
Dalam berjuang mencari ilmu.
Namun begitu, kita punya satu wawasan,
Kita punya satu impian,
Moga perjuangan menjadi kenyataan.
Kita sanggup berjauhan,
Kita juga rela berkorban,
Apa yang kita harapkan,
Segulung ijazah.
Oh tuhan..
Tenangilah hati kami,
Bantulah kami,
Kabulkanlah doa kami,
Semoga apa yang kami impikan,
Semuanya menjadi kenyataan...

EXAM

The writing the worry,
Revision always in hurry,
Notes that need writing,
Are far from relaxing.
Books to be read,
Pads to be kept,
Diagrams that need drawing,
It's all very boring.
I am nervous and tense,
But it is a common tense,
That we need to work hard and pass,
And leave school succesfully at last.

Nukilan Sulungku

SEPI

Di dingin malam ku saksikan bintang-bintang,
Yang bertaburan di setiap sudut lantai angkasa,
Yang bercahaya tanpa henti menyuluh ke bumi,
Yang menjadi mimpi pada sang pusara nan sepi.

Seketika waktu ku rasakan diriku ini ditemani,
Dilindungi dan dibelai, bagaikan semuanya tanpa henti,
Tetapi di sebalik keseronokan duniawi,
Aku sedar aku sedar aku sedar,
Sedar dari mimpi yang hanya bertopengkan
kegembiraan semata-mata,
Aku juga sedar bahawa aku diliputi dengan kesepian,
Dengan kesedihan serta kesangsian,
Yang tegar dibuktikan dengan kata-kata.
Aku bangun dan enggan berdiri di dunia sepi,
Yang penuh dengan duri dan aku tak tahan lagi.

Sunday, March 29, 2009

MUQADIMAH

Salam pada semua yang sedang membaca blog saya ini..
Nama saya ialah Adii, tetapi di dalam blog ini, saya lebih suka dikenali sebagai ILUSI MAYA..

hehe..

Di dalam blog ini, saya akan senantiasa meluahkan hasil nukilan saya dalam bentuk prosa tradisional seperti sajak, gurindam, mahupun cerpen..

Hasil nukilan saya kebanyakkannya berunsurkan kehidupan semasa yang dihadapi oleh anda semua seperti cinta, hubungan dalam keluarga, dan cinta pada tuhan yang maha satu, ALLAH S.W.T

Saya berharap agar korang semua dapat menyokong hasil nukilan saya..

Jangan malu -malu, jangan segan -segan, berilah komen anda yang sejujur -jujurnya terhadap setiap nukilan saya..

Bubbye... o o
v