Cinta itu,
Hadir pada hati,
Lenyap pada bibir,
Hilang pada fikir,
Lelap pada mata...
Ia akan hadir bagai cahaya,
Ia akan pergi tinggalkan nota sengsara,
Kerna butanya mata yang terbuka...
Cinta itu,
Laksana mutiara,
Hilang meninggalkan serpihan,
Meninggalkan himpunan sesalan,
Kerana hati, sebuah tanda dalam perhubungan...
Cinta itu,
Umpama satu kehidupan,
Yang hujungnya ada satu persimpangan,
Satu persimpangan yang penuh cabaran...
Onak dan ranjau di hadapan,
Bersediakah kau...?
Bersediakah kau untuk
menghadapi jurang suatu perhubungan...
Tanpa takwa,
Tanpa iman...
No comments:
Post a Comment